Tuesday, November 13, 2012

Teknik Belajar Matematik

Teknik untuk belajar matematik ialah :- i) kalau hendak pandai matematik, kena suka matapelajaran ini. Caranya ialah ,berlakon yang kita sukakan subjek ini. Kemudian, mula buat latihan sedikit demi sedikit. Tidak perlu terus mula dengan 50 soalan. Takut terkejut dan seterusnya bencikan matematik.  
ii) matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Matematik adalah satu subjek yang perlu buat latihan untuk menguasainya,dan bukan membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Semakin banyak latihan yang dibuat, semakin cekap dalam matematik.
iii) matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin.
iv) anda perlu HAFAL SIFIR! Ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.
Akhir sekali, anda perlu ada azam dan kemahuan untuk jadi hebat dalam subjek matematik. Jika anda kisah tidak kisah, sukar untuk anda kuasai subjek ini. Diharap petua-petua ini dapat dikongsi semua untuk menguasai matapelajaran matematik .
Petikan : Osman Affan 2006

2 comments:

  1. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada En. Osman Affan kerana sudi berkongsi petua-petua Matematik.

    ReplyDelete
  2. Suatu percubaan yang bagus, usaha lagi.Thanks for sharing.

    ReplyDelete